PdPC Terbaik_Mohon Pandangan


Guru, Pensyarah & Pendidik – Sama Tapi Tak Serupa : kheru2006 ...

Konsep PdPC 

Salam sahabat2 semua. Kita semua adalah guru,  samada guru pd diri sendiri, isteri, anak-anak, keluarga dan juga anak-anak didik kat sekolah atau universiti. Konsep pendidikan amat2 penting. Dgn menggunakan kaedah yang baik maka pendidikan dapat disampaikan dengan berkesan, manakala jika kaedah yg digunakan tidak betul maka kesannya juga menjadi kurang.

Boleh ke shbt2 bagi cadangan kalau boleh berdasarkan dalam alquran, hadis ,petua org2 tua mengenai cara mengajar yang berkesan, Mohon pandangan semua.

Hasil Perkongsian:

Ada 3 elemen utama yg boleh kita ambil panduan dlm pdpc antaranya ialah elemen bacakan, ajarkan dan bersihkan. konsep ini perlu diperhalusikan lagi.
Langkah 1: Bacakan apakah objektif yg ingin disampaikan
Langkah 2: Ajarkan bagaimana cara utk mencapai objektif
Langkah 3: Bersihkan jiwa dan hati pelajar supaya dapat ilmu dalam masa yg sama mempunyai etika dan nilai yang baik.

3 elemen ini amat-amat penting sehinggakan dinyatakan dlm 3 ayat dalam alquran.

"Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".

(Nikmat berkiblatkan Kaabah yang Kami berikan kepada kamu itu), samalah seperti (nikmat) Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu (iaitu Muhammad), yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan membersihkan kamu (dari amalan syirik dan maksiat), dan yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan, dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui.

Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.







Comments

Mohon pandangan dr shbt2 semua